Wednesday 13 February 2013

Rosmah

Rosmah merupakan seorang pelajar pintar di sekolah rendahnya suatu ketika dahulu. Rosmah sering mendapat tempat pertama ketika peperiksaan pertengahan & akhir tahun, ujian bulanan, ujian Bahasa Melayu, ujian mata, ujian dari Tuhan kecuali ujian kecerdasan fizikal. Bab ini Rosmah kalah. Rosmah sering mendapat pertama dari belakang. Sebab Rosmah bertulang berat dan tidak larat untuk berlari. Lagi pula, Rosmah seorang pemakai cermin mata tegar. Beliau tidak mampu untuk beraksi lasak seperti kawan-kawannya yang lain.

Rosmah juga sering merasakan dirinya seperti dipinggirkan oleh rakan-rakannya yang lain kerana Rosmah sedar dirinya garang seperti seekor singa. Berpegangkan jawatan penolong ketua pengawas di sekolahnya, Rosmah menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan dibenci. Sehinggakan rakan-rakan lelaki di dalam kelasnya sangat takut untuk bergurau dengan Rosmah. Tetapi, Rosmah tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk beliau berjaya di dalam UPSR nya.

Rosmah meneruskan persekolahannya di sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak tidak jauh dari ibu kota. Selepas 3 tahun bersekolah disitu, Rosmah merasakan dirinya sangat penat untuk berulang-alik dari rumahnya ke sekolah. Rosmah mengambil keputusan untuk menukar sekolahnya ke sebuah sekolah berasrama yang tak berapa nak penuh yang terletak di sebuah pekan kecil.

Selama 4 tahun belajar di sekolah yang baru, kehidupan Rosmah sedikit sebanyak telah berubah. Beliau menjadi seorang yang sangat peramah, ceria, friendly, kakak angkat yang baik, dan satu-satunya pelajar yang tidak pernah menghantar buku latihan BM nya selama 2 tahun. Rosmah juga sering mendapat keputusan yang corot di dalam kelas. Rosmah tidak peduli dengan prestasi pelajarannya asalkan beliau seronok berada di sekolah.

Nasib Rosmah baik, beliau lulus persekolahannya. Kini, Rosmah melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di utara tanah air. Dan kini sudah hampir menamatkan zaman bujangnya. Eh menamatkan pelajarannya disitu setelah hampir 3 tahun. Namun, apa yang mengecewakan Rosmah, prestasi hidup dan pelajarannya makin merudum. Rosmah sering bermuram durja dan menjadi semakin pendiam. Walaupun dikelilingi rakan-rakannya yang lain, Rosmah tetap begitu. Berat badannya juga semakin menurun dan membolehkan Rosmah menyarung kembali baju-baju lamanya.

Rosmah juga kurang pasti apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Rosmah merasakan semakin dewasa, semakin banyak masalah yang beliau harus hadapi. Beliau juga merasakan hati dan fikirannya sangat sesak setiap hari. Rosmah sangat buntu dan menjadi seorang yang terlalu banyak berfikir.

Setelah puas berfikir, barulah Rosmah sedar, semua ini berpunca dari sikap Rosmah sendiri. Rosmah harus lebih mendekatkan dirinya dengan Allah dan belajar menerima kenyataan ataupun redha. Rosmah juga haruslah meletakkan kepercayaannya kepada Allah bahawa setiap perkara itu Allah dah tetapkan yang terbaik dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...

Kini Rosmah cuba untuk struggle dalam hidupnya.. Rosmah cuba, Rosmah cuba. Doakan Rosmah ye..

# Rosmah bukan nama sebenar.

No comments:

Post a Comment