Saturday 25 January 2014

Cousins

"Tengok tapak tangan kau".

"Nah". Aku hulur tangan.

"Ok tapak tangan aku ada huruf K. Tapak tangan kau macam huruf M".

"Apa makna dia?" Aku tanya.

"K ni maknanya kaya.. M tu maknanya miskin. Dah la.. kitorang tak nak kawan dengan orang miskin macam kau! Kau tidur bawah hari ni. Biar kami yang kaya ni tidur kat atas katil!''

Terkedu. Mata aku terkebil-kebil.

Aku tarik selimut perlahan-lahan sambil dengar mereka ketawa. 


Tuesday 5 November 2013

826 Hari

Bismillahhirrahmanirrahim... 

03 November 2013,
Pukul 12.10 tengahari
Felcra Lakai, Jelebu


Pak Long : Sey pon polik. Cemno duo-duo anak buah sey dapek 
orang lakai ni ha..
Abah : Ngihihi.. Sayo pon tak sangko bang.                            


Abah : Acik nak mintak 25k. setuju??
Baju Putih : Apo cik??
Abah : Ngihihi.. Gurau yo. Gurau kasar namo ea 


Baju Putih : Ekekeke.. Lawak la acik ni. Pandai bergurau! Sejuk kaki kite dengarnye


            
Baju no 8 makan tak pandang kiri kanan. Sampai acik tipah terharu
(lap muka)

Alhamdulillah :)
Tunggu setahun setengah(belum cut) lagi la untuk update terbaru! Teheee


Insyaallah.. Mohon doa kalian ye :)


Wednesday 13 February 2013

Rosmah

Rosmah merupakan seorang pelajar pintar di sekolah rendahnya suatu ketika dahulu. Rosmah sering mendapat tempat pertama ketika peperiksaan pertengahan & akhir tahun, ujian bulanan, ujian Bahasa Melayu, ujian mata, ujian dari Tuhan kecuali ujian kecerdasan fizikal. Bab ini Rosmah kalah. Rosmah sering mendapat pertama dari belakang. Sebab Rosmah bertulang berat dan tidak larat untuk berlari. Lagi pula, Rosmah seorang pemakai cermin mata tegar. Beliau tidak mampu untuk beraksi lasak seperti kawan-kawannya yang lain.

Rosmah juga sering merasakan dirinya seperti dipinggirkan oleh rakan-rakannya yang lain kerana Rosmah sedar dirinya garang seperti seekor singa. Berpegangkan jawatan penolong ketua pengawas di sekolahnya, Rosmah menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan dibenci. Sehinggakan rakan-rakan lelaki di dalam kelasnya sangat takut untuk bergurau dengan Rosmah. Tetapi, Rosmah tidak menjadikan itu sebagai satu halangan untuk beliau berjaya di dalam UPSR nya.

Rosmah meneruskan persekolahannya di sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak tidak jauh dari ibu kota. Selepas 3 tahun bersekolah disitu, Rosmah merasakan dirinya sangat penat untuk berulang-alik dari rumahnya ke sekolah. Rosmah mengambil keputusan untuk menukar sekolahnya ke sebuah sekolah berasrama yang tak berapa nak penuh yang terletak di sebuah pekan kecil.

Selama 4 tahun belajar di sekolah yang baru, kehidupan Rosmah sedikit sebanyak telah berubah. Beliau menjadi seorang yang sangat peramah, ceria, friendly, kakak angkat yang baik, dan satu-satunya pelajar yang tidak pernah menghantar buku latihan BM nya selama 2 tahun. Rosmah juga sering mendapat keputusan yang corot di dalam kelas. Rosmah tidak peduli dengan prestasi pelajarannya asalkan beliau seronok berada di sekolah.

Nasib Rosmah baik, beliau lulus persekolahannya. Kini, Rosmah melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di utara tanah air. Dan kini sudah hampir menamatkan zaman bujangnya. Eh menamatkan pelajarannya disitu setelah hampir 3 tahun. Namun, apa yang mengecewakan Rosmah, prestasi hidup dan pelajarannya makin merudum. Rosmah sering bermuram durja dan menjadi semakin pendiam. Walaupun dikelilingi rakan-rakannya yang lain, Rosmah tetap begitu. Berat badannya juga semakin menurun dan membolehkan Rosmah menyarung kembali baju-baju lamanya.

Rosmah juga kurang pasti apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Rosmah merasakan semakin dewasa, semakin banyak masalah yang beliau harus hadapi. Beliau juga merasakan hati dan fikirannya sangat sesak setiap hari. Rosmah sangat buntu dan menjadi seorang yang terlalu banyak berfikir.

Setelah puas berfikir, barulah Rosmah sedar, semua ini berpunca dari sikap Rosmah sendiri. Rosmah harus lebih mendekatkan dirinya dengan Allah dan belajar menerima kenyataan ataupun redha. Rosmah juga haruslah meletakkan kepercayaannya kepada Allah bahawa setiap perkara itu Allah dah tetapkan yang terbaik dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...

Kini Rosmah cuba untuk struggle dalam hidupnya.. Rosmah cuba, Rosmah cuba. Doakan Rosmah ye..

# Rosmah bukan nama sebenar.

Ayam

Sejak seminggu ni, ada sekor anak ayam asyik berkeliaran je dekat longkang bilik air rumah ni. Malam-malam pon dia taknak balik reban. Kecik lagi. Sekor-sekor je dia cari makanan. Kesian. Anak yatim piatu mungkin.

Kadang-kadang bila malam pegi bilik air, mesti terserempak. Serba salah nak pandang. Takut tersalah ayam.

Tapi abah cakap tu ayam betul. Anak terbiar. Kesian..

Kalau mak ayah bercerai macam ni la jadinya.
Erkk.. ayam pon boleh bercerai ke abah?
Bolehhh..

*ni itik.hehe..comel kan?mesti anak ayam tu teringin nak macam ni*


# Ingatkan manusia je ada masalah. Rupanya ayam pun bermasalah jugak. Hmm.. 


Friday 8 February 2013

Fefeling sikit


Bila awak susah,mungkin saya tak dapat bantu apa-apa....
Tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak......

Takkala awak resah dan sedih,saya tak mampu tenangkan awak....
Tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar isi hati awak.....

Di saat awak lagi sendiri,sepi......saya memang tak mampu untuk ada di sebelah awak.....
Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani awak.....berbicara di telefon....

Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya....
Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya....
Yang mungkin punya perancangan yang indah disebaliknya.....

Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan.... Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan.....Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak...Tapi saya nak ada sentiasa untuk awak dalam apa jua keadaan

- copied from PDH