Tuesday 19 June 2012

zikir terapi diri

Astaghfirullah
Lailaha Illallah
Ya Latif
13:28
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."             (Surah Ar-Ra'd,13:28)

Monday 18 June 2012

lelaki itu

dia istimewa
lelaki paling istimewa di mata aku :)

1.selalu jadi imam di rumah.cikgu mengaji,cikgu mula-mula ajar aku menulis.cikgu paling garang kat dunia.sekeh,rotan memang dah sebati.

2.tak pernah lupa hulurkan duit bila aku takde duit.sanggup makan lauk ikan je dekat rumah sebab nak bagi duit kat aku.

3.benda paling penting,tak lupa suruh aku solat.katanya,solat tu tiang agama.kalau takde tiang,mane nak tegak rumah?

4.tak pernah habiskan masa berbual-bual kosong dengan orang lain dekat kedai-kedai kopi.tak berfaedah.tambah dosa katanya.

5.selalu marah kalau aku dapat nombor 4 & ke bawah time sekolah rendah dulu.taknak kawan seminggu.

6.selalu bawak aku mandi sungai,mancing ikan,pergi kebun,meracun,tebas rumput, kutip duit zakat,menjala..dulu aku ingat aku lelaki.sebab takde satu pon hobi ala-ala gadis.hehe

7.selalu jadi tukang hantar & tukang jemput aku.everywhere,anytime.tanpa minta balasan

8.sanggup berkejar dari rumah pukul 4 pagi semata-mata nak jemput aku dekat Seremban.dari 1 jam  setengah,jadi 1 jam je..

9.selalu baca ayat Quran sebelum tidur.

10.cintanya setia.tak pernah berubah walaupun dah lama hidup bersama,fizikal dah berubah :)

11.ego tinggi.cepat marah,tapi dalam hati..cepat terasa.hati mudah tersentuh.tengok drama sedih pon dah nangis.


lelaki itu :)


                                                                       sebelum



                                                                        selepas

ENCIK SALIME BIN SUKARDI :)
# selamat hari abah,abah!
# moga adik jumpa lelaki macam abah.jadi peneman hidup.
# moga Allah panjangkan usia abah,sihatkan tubuh badan abah,tambahkan rezeki abah
# tak semua orang bernasib baik macam kita.tapi jangan risau,doa itu penghubung antara kita dengan orang tua kita.doalah yang terbaik untuk mereka :)

huhu sedih video ni :(


Saturday 16 June 2012

semalam yang hangat

Assalamualaikum..
semalam hari Khamis kan?
semalam kami takde kat dalam Uum selama 12++ jam.
kami lari dari kesibukan kota ilmu..mencari ketenangan di segenap pelusuk negeri Perlis.ahakk

dari padang besar,air terjun,gua,pergi ke tasik..tak cukup dengan tu,pergi laut pulak..fuhh.besar belanja.but trust me,kami tuang minyak RM25 je semalam..tapi macam-macam tempat kami pi..
lastly,aktiviti mengenyangkan perut,kami cari kedai steamboat pulak.pekena steamboat seround sampai nak muntah kangkung.haha

dan paling tak boleh lupa,dengan perut kekenyangan,masuk dalam kereta dengan anggunnya masing-masing,dengan harapan nak beli sabun basuh di C-mart Arau,start-start enjin dia takmau hidup.takmau hidup???what the??macam-macam simbol keluar di dashboard.oh gelabah.berpeluh-peluh 5 beradik ni.pasaipa ni weh?

minyak takdak kot..
eh tadi ada 2 bar..mane bleh habis..
ni simbol ape ni?teko,paip,C,blah..blah..blah..
err..  =.=
call sana,call sini pon tak jalan jugak.oh berat nanang ni weh..guane ni?along tanya

tak lama tu,datang la 'adik-adik' macho berjanggut pekerja dari kedai steamboat nak tolong kami.sopan santun semuanya sampai panggil kami kakak.tua kan,kami??

ni enjin sejuk ni 'kak'..takpon bateri habis..sat kami panggil kawan kami.dia mekanik..
kena ada jumper ni..blah..blah
oh..ok ok kak tunggu..
tunggu..
tunggu..
uisy..awat lama ngat nih?make up apa kawan depa ni?

tunggu pulak abang pomen yang owner kereta sewa ni call..yang datangnya jauh dari mane tah.bawak anak comel die..Kasih namanya..comel,rambut keperang-perangan,bebola mata yang besaq..alahai comey macam nak picit-picit je pipi tu tau (mood tak sabaq nak anak sendiri..hew)

tengah main bachak-bachak ngan Kasih,kereta pon dah normal.
babai Kasih,kakak balik dulu..muah sana muah sini kat pipi Kasih.
hee..comey ngat aih hang nih!!
culik satgi baru tau (psycho..ngee)

masuk dalam kereta,tak ingat apa dah.
tak lambai-lambai dah kat 'adik' steamboat tu.ucap thank you ke..
u-turn terus,pecut laju-laju (bateri baru la katekan)
tak kenang jasa sungguh.

dalam kereta,masing-masing senyap.tak kata apa
dah jauh sikit,baru sembang.tu pon yang duduk depan.angah ngan acu..
depa sembang sakan..
aku dok layan perasaan kat belakang.maklumlah,JK tak habis-habis..muehehe
along dah lama mimpi..si ateh tersepit kat tengah-tengah.hee..
Alhamdulillah,kami sampai dengan selamat :)

terasa kosong.selalu bertujuh,semalam berlima je..=.=

# perjalanan yang tak dirancang.
# lain kali nak berjalan,servis kereta dulu
# mintak restu mak abah nak pi jalan
# jangan suka sangat nanti duka
# jangan lupa cakap terima kasih
# jangan layan perasaan sambil pandang luar tingkap.kan dah nampak macam-macam
# lastly,jangan HABISKAN DUIT.

sekian.Wassalam








Monday 11 June 2012

err..

Essential tremors (ET):

Tanda menggeletar ini tidak dapat dikawal dan menunjukkan ada penyakit saraf. Selalu terjadi sama ada jari-jemari, peti suara (vocal cord) lidah dan dagu. Tidak berbahaya tetapi boleh mengganggu pergerakan seharian seperti menulis, memegang cawan, makan dan lain-lain. Keadaan ini amat mengganggu pesakit dalam menjalani kehidupan normal.


Penyakit ini genetic. Antara kepelbagaian tanda:


*tangan menggeletar dalam beberapa ketika dan gagal dikawal

*suara menggeletar

*kepala terhangguk-hangguk

*semakin parah bila kita risau atau tension, atau ingin membuat sesuatu pergerakan

*kurang rehatkan diri


Pesakit Essential tremors mungkin tidak mempunyai apa-apa penyakit dan mungkin juga menghadapi penyakit lain seperti Parkinson dan migraine.


Belum ada ubat untuk menyembuhkannya kerana ini penyakit genetic.
                                                                    [source]

Tuesday 5 June 2012

take me, please..

bila musim exam macam ni, tempat paling best yang aku rase macam nak perrggiiiii sangat kan,kat sini:



lagi-lagi kalau pegi dengan orang yang kau sayang.pegang-pegang tangan, berlari-lari di gigi air..(pang!pang!pang!)..buat picnic ke,campfire ke..bbq ke..
haih..bestnye bestnye! bile la boleh gi nih \(^_^)/

lepas exam memang sesuai pergi pantai.lopeh tu ekau jerit "nape la aku tak study awal-awal????arghhh!!! orang sekeliling kau mesti pandang kau atas bawah and dorang blah dari situ. TRUST ME.


#kumpul duit,travel sensorang.
#mak, abah, akak, along, angah...please la..please la bawak den jenjalan (-.-)



Monday 4 June 2012

hopes

Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia,
Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.


Jika Kau takdirkan dia untukku, Kau dekatkanlah hati dia dengan hatiku.


Jika Kau takdirkan dia bukan milikku, Kau berikanlah kebahagian kepadanya dengan 
memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.


aku redha dan berserah.




#via Cinta Selepas Nikah


Sunday 3 June 2012

privelege-keistimewaan

letakkan sedikit keistimewaan terhadap lelaki/wanita yang bakal kau nikahi.
yang kau rasa kawan-kawan lelaki/wanita kau yang lain tak dapat.
bukanlah suruh kau bagi segala yang kau ada.bukan.
maksud di sini,keistimewaan dari segi percakapan,perbuatan,tindak tanduk kau.
yang kau rasa semua benda tu kau akan buat pada orang yang tertentu sahaja.
bukan pada semua lelaki/wanita.
keistimewaan pada orang kedua terpenting selepas mak ayah kau.
yang bakal kau sehidup semati dengan dia.
yang membuat nawaitu kau untuk berubah supaya menjadi yang terbaik untuk dia.
yang membuat orang yang bakal kau nikahi percaya.dan berkata "kamulah yang terbaik untukku"

#bukan nak yang sempurna, cuma nak yang istimewa :)


pagi ahad

berusahalah untuk jaga pandangan.bukan senang nak dapatkan kepercayaan orang.manusia memang tak sempurna.tapi sekurang-kurangnya jadilah yang terbaik.terbaik untuk masa depan,terbaik untuk diri sendiri.bukan dituju kepada sesiapa,tapi nasihat untuk diri sendiri juga.