Wednesday 20 July 2011

Aneh

Assalamualaikum

Aku ade cerita seram . meh baca

Hari pertama balik sini hari tu, aku gi kemas rumah lama aku dulu. tolong mak ngan abah pindah barang. punya la penat Allah je yang tau. Balik rumah, aku terus tidur terbongkang macam katak kena lenyek sampai maghrib .

Waktu tu azan maghrib, aku terjaga. (oh sungguh enak tidur) aku dengar suara mak aku borak-borak
dengan seseorang. aku cool lagi. mungkin dengan acik sebelah rumah kot. lepas tu aku dengar orang
tutup pintu dapur. ok mungkin mak aku dah masuk, aku cakap sorang-sorang.

Aku bangun , capai towel , keluar bilik , aku terus jerit ''makkkkk o makkkk..'
aku nampak kelibat mak lalu depan aku tanpa menyahut suara lunak aku tadi. yang aku nampak, beliau sempat menoleh tajam kearah aku . aku kesat2 mata aku yang x berapa nampak ni. yela, baru bangun tidur kan, taik mata tu banyak lagi .

Pelik. mak x bersuara sepatah pon kat aku . langkah beliau naik ke atas rumah pon laju semacam je macam orang tergesa-gesa . aku dengan perasaan x pueh hati sebab x mendapat perhatian ikut mak naik ke rumah
atas.

Aii ??? mane mak tadi ? makkkk..o..makkk . apesal gelap je ni ? bilik mak , ruang tamu lama , semua aku jengah . mak xde kat situ . hati aku dah x sedap. oh tidak ! jeng..jeng..jeng

Habis ape yang aku NAMPAK tadi ?????????

Aku cepat2 turun rumah bawah (rumah atas tu rumah kayu je.bukan macam rumah yusof haslam tu pon).
Tiba-tiba pintu dapur terbuka ..... aku tercengang ..

''Ko kenapa'' ?? mak tanya sambil sengih-sengih .
''Mak gi mane tadi'' ? aku tanya balik
''Mak borak dengan acik rahimah tu ha'' (jiran sebelah) ..
''Mak baru masuk rumah ke ni ''? aku tanya lagi ..
''Yelah.kenapa? mak jawab dengan muka eksyen.
''Err..xde ape'' aku tipu sebab xnak bagi mak takut.

Lepas tu aku terus gi mandi . Esoknye, baru aku cerita kat mak . Mak "OMG !! '' betul ke ni ??
aku pon cerita kat mak dari mula sampai habis . tercengang acik Tipah tu .
lepas tu kami sama-sama terdiam . x tahu nak komen apa-apa

Moral of the story :

  • jangan keluar rumah diwaktu senja apatah lagi waktu azan sedang berkumandang kerana waktu itu syaitan sedang mencari tempat untuk bersembunyi . 
  • jangan tidur diwaktu senja .
  • jangan ikut 'benda' yang x menyahut panggilan kita

p/s: nasib 'mak' x senyum kat aku . kalau x .......... dan esoknye dan sampai hari ni, mak aku dah x berani nak keluar rumah waktu maghrib lagi dah . hihi comel mak aku .
   

Wordless Wednesday