Friday, 1 February 2013

Epilog

Pensyarah sedang sibuk membersihkan papan putih di hadapan kelas menandakan kelas untuk petang itu telah pun habis. Pelajar-pelajar sudah mula bersurai untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak sampai 5 minit, suasana bising sudah beransur hilang.

Aku masih ligat memasukkan segala perkakas belajarku ke dalam beg. Memikirkan cuaca yang gelap diluar, memaksaku bergegas untuk keluar dari kelas secepat yang mungkin. Aku tak bawa payung, kalau hujan habislah lencun waktu tunggu bas nanti, fikirku lagi.

Tanpa berlengah, aku percepatkan langkahku menuju ke pintu dengan keadaan tergesa-gesa. Selang beberapa langkah aku menapak keluar, satu suara garau menyapaku.

"Sayang!"
Aku tersentak. Aku yang berjalan menunduk pada mulanya lantas berpaling.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri betul-betul di tepi pintu masuk itu tadi.
Serta merta senyumku melebar. Senyuman cinta.

"Abang.. Bila sampai? Kenapa tak mesej dulu cakap nak jemput?"

"Saja nak buat suprise untuk isteri abang ni". Ujarnya sambil menarik hidungku dan tersenyum. Beg yang aku bawa tadi kini bertukar tangan.

"Macam tau-tau je sayang tak bawa payung kan."

"Abang dapat agak sayang tak bawa payung hari ni. Sebab tu abang jemput. Nanti sayang demam pulak kalau kena hujan" ucap suamiku.

"Sweetnya abang ni. Sayanggg abang" Ucapku padanya. Tangannya ku raih, lalu ku genggam. Masing-masing berjalan beriringan menuju ke kereta sambil senyuman tak lekang dari bibir. Enjin kereta dihidupkan dan kedua-dua pasangan sejoli itu pulang ke rumah mereka.

--------------------------------------------------------------------------

-TAMAT-

Friday, 30 November 2012

sedang sibuk dengan dunia sendiri

fuhh fuhh !
banyak habuk..
currently sedang sibuk. sibuk + menyibukkan diri
hidup macam biasa. rutin harian macam biasa
ada masalah, telan macam biasa. hadap macam biasa
tu yang boleh jadikan anda manusia luar biasa
chow !





Thursday, 23 August 2012

mesra raya part I


terima kasih , datang . ceria je semua :)
kanan sekali barisan belakang berusaha menonjetkan kaki :p

semalam 28/8/2012 mesra raya part II . dekat rumah batu warna hijau . 
rendang maman baik punye ...terima kasih abah & mak tolong bawakkan  :)

Thursday, 12 July 2012

entri untuk seminggu

dah dekat seminggu tersadai kat rumah.rutin harian pon langsung tak berubah.
bangun 'pagi' on laptop,sign in facebook,twitter,check email..
ok bila takde yang menarik,baru keluar dari bilik.nak buat ape yang patut kononnye


sembang-sembang dengan nenek & mak,bukak tv pulak.
takde yang menarik.tutup tv.
duduk balik dekat sofa.tengok mak & nenek jahit baju raya orang tempah.
puasa tak start lagi tapi masing-masing dah tempah 4-5 pasang. (termasuk aku)


haih..bosan pulak.mak pon taknak layan aku borak sangat.
ambik penyapu,sapu ruang tamu,bilik.dah siap semua,masuk bilik balik.
tengok apa yang best kat facebook.
scroll scroll mouse ke bawah
tengok gambar best,aku like.ada best lagi,aku like,like lagi..
status yang orang post yang agak-agak best pon takkan terkecuali aku like.
aku menggunakan button 'LIKE' tu dengan sebaik-baiknya tau.
tapi sumpah,aku takkan like status yang berbunyik 

"B0rink la mlm ni...:-( "

"B0rinknyeww....tnci0n3...:-S"

"B0sannye...:-S"

haha.sorrryyy to say la kan dik oi...akak meluat tengok!
tapi jangan memain..status ituew mendapat banyakkkk like tau..
kalah akak (ayat busuk hati)
hahai..tah la..dalam hidup ni,you will have someone that you hate for no reason.
so jangan salahkan akak ye dik (^^)v
so kalau 'adik' nampak entri akak ni,adik buleh la cakap gini tau....




hewhew...do i care??
this is what i hope to do to you dikk




eh ni entri gado-gado ke ni??
eh bukan la..ni entri cara melepaskan bosan..tu je
takpe lah dik..bila akak nampak post-post gitu akak pejam je mate..kasi tak sakit.
yela......lain orang,lain cara lepaskan bosan dia kan..ye ke idok???
kalau akak tulis gituw gak kan....tegow tawww.....euww


that's how my life cycle during semester break.
sama.tak berubah sikit pon.
but it's okay,bila rasa bosan selalu terfikir..
syukur aku masih ade mak abah depan mata.
i still have Allah who knows  everything inside 
i still have Korean shows yang dah banyak kali tengok
i still have an internet access walaupun macam siput vavi..
at least i can contact with people out there (duduk solok kan)
at least tau la jugak apa yang mesra-mesra sangat kat facebook tu kannnn...eheh
i still have you
i still can breathe freely
and i still can say ALHAMDULILLAH after what i have.
learn to be thankful.
Allah knows what best for you.
Allah bagi apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu :)



Tuesday, 19 June 2012

zikir terapi diri

Astaghfirullah
Lailaha Illallah
Ya Latif
13:28
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."             (Surah Ar-Ra'd,13:28)