Wednesday, 13 February 2013

Ayam

Sejak seminggu ni, ada sekor anak ayam asyik berkeliaran je dekat longkang bilik air rumah ni. Malam-malam pon dia taknak balik reban. Kecik lagi. Sekor-sekor je dia cari makanan. Kesian. Anak yatim piatu mungkin.

Kadang-kadang bila malam pegi bilik air, mesti terserempak. Serba salah nak pandang. Takut tersalah ayam.

Tapi abah cakap tu ayam betul. Anak terbiar. Kesian..

Kalau mak ayah bercerai macam ni la jadinya.
Erkk.. ayam pon boleh bercerai ke abah?
Bolehhh..

*ni itik.hehe..comel kan?mesti anak ayam tu teringin nak macam ni*


# Ingatkan manusia je ada masalah. Rupanya ayam pun bermasalah jugak. Hmm.. 


Friday, 8 February 2013

Fefeling sikit


Bila awak susah,mungkin saya tak dapat bantu apa-apa....
Tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak......

Takkala awak resah dan sedih,saya tak mampu tenangkan awak....
Tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar isi hati awak.....

Di saat awak lagi sendiri,sepi......saya memang tak mampu untuk ada di sebelah awak.....
Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani awak.....berbicara di telefon....

Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya....
Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya....
Yang mungkin punya perancangan yang indah disebaliknya.....

Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan.... Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan.....Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak...Tapi saya nak ada sentiasa untuk awak dalam apa jua keadaan

- copied from PDH

Friday, 1 February 2013

Epilog

Pensyarah sedang sibuk membersihkan papan putih di hadapan kelas menandakan kelas untuk petang itu telah pun habis. Pelajar-pelajar sudah mula bersurai untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak sampai 5 minit, suasana bising sudah beransur hilang.

Aku masih ligat memasukkan segala perkakas belajarku ke dalam beg. Memikirkan cuaca yang gelap diluar, memaksaku bergegas untuk keluar dari kelas secepat yang mungkin. Aku tak bawa payung, kalau hujan habislah lencun waktu tunggu bas nanti, fikirku lagi.

Tanpa berlengah, aku percepatkan langkahku menuju ke pintu dengan keadaan tergesa-gesa. Selang beberapa langkah aku menapak keluar, satu suara garau menyapaku.

"Sayang!"
Aku tersentak. Aku yang berjalan menunduk pada mulanya lantas berpaling.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri betul-betul di tepi pintu masuk itu tadi.
Serta merta senyumku melebar. Senyuman cinta.

"Abang.. Bila sampai? Kenapa tak mesej dulu cakap nak jemput?"

"Saja nak buat suprise untuk isteri abang ni". Ujarnya sambil menarik hidungku dan tersenyum. Beg yang aku bawa tadi kini bertukar tangan.

"Macam tau-tau je sayang tak bawa payung kan."

"Abang dapat agak sayang tak bawa payung hari ni. Sebab tu abang jemput. Nanti sayang demam pulak kalau kena hujan" ucap suamiku.

"Sweetnya abang ni. Sayanggg abang" Ucapku padanya. Tangannya ku raih, lalu ku genggam. Masing-masing berjalan beriringan menuju ke kereta sambil senyuman tak lekang dari bibir. Enjin kereta dihidupkan dan kedua-dua pasangan sejoli itu pulang ke rumah mereka.

--------------------------------------------------------------------------

-TAMAT-

Friday, 30 November 2012

sedang sibuk dengan dunia sendiri

fuhh fuhh !
banyak habuk..
currently sedang sibuk. sibuk + menyibukkan diri
hidup macam biasa. rutin harian macam biasa
ada masalah, telan macam biasa. hadap macam biasa
tu yang boleh jadikan anda manusia luar biasa
chow !





Thursday, 23 August 2012

mesra raya part I


terima kasih , datang . ceria je semua :)
kanan sekali barisan belakang berusaha menonjetkan kaki :p

semalam 28/8/2012 mesra raya part II . dekat rumah batu warna hijau . 
rendang maman baik punye ...terima kasih abah & mak tolong bawakkan  :)